Perancangan Kewangan 2017

2017 pastinya lebih mencabar. Semua pastinya dah maklum,bajet semakin meningkat dari hari ke hari.
Masuk 1 Januari,kita telah pun tahu harga minyak petrol naik lagi.

Dan esok adalah hari pertama persekolahan bagi anak-anak. Perbelanjaan persekolahan anak-anak juga perlu di ambil kira. Dari pakaian,alat tulis,buku, pendaftaran sekolah dan sebagainya memerlukan bajet dan semakin bertambah jika bertambah bilangan anak yang bersekolah. Yang nak hantar ke tuisyen, kelas agama.

Perbelanjaan lain pula bagaimana? Makan, barang keperluan, transport?

Kita semua pastinya dah berfikir atau merancang bagaimana menghadapi bajet yang semakin meningkat di tahun 2017 kan?

 

budget

Kat sini Lyd nak kongsi sikit perancangan kewangan tahun ni.

💰 Mulakan amalan menyimpan/menabung. Menyimpanlah walaupun sedikit kerana mungkin dengan duit simpanan kita inilah yang kita akan gunakan di waktu terdesak nanti.
Pupuk amalan menabung pada anak-anak dan dengan ini anak anak kita akan lebih tahu betapa pentingnya berjimat

🎗Banyakkan bersedekah. Ada rezeki lebih, tambah nilai sedekah, jika kurang, bersedekah ikut kemampuan. Jika kita banyak bersedekah dengan ikhlas, InsyaAllah dimurahkan rezeki.

👠👞 Berbelanja mengikut keperluan.
Tidak perlulah berbelanja sekiranya itu hanya kehendak. Apa yang betul2 perlu barulah kita berbelanja. Rancang perbelanjaan dengan bijak!

💁 Cari Side Income.
Bagi yg bekerja mahupun suri rumah,jika nak tambah pendapatan bolehlah buat part time nak tambah income. Bagi yg ada kemahiran, bolehlah guna kemahiran yang ada nak cari pendapatan. Yang berminat nak bisnes online boleh mulakan.

Bagi yang nak menambah pendapatan dengan biz Shaklee bolehlah contact Lyd ya. 😃. Anda akan dapat consultation terbaik dari Lyd.

Jika anda ada tambahan idea nak merancang bajet 2017 boleh lah tambah di bahagian comment ok!

Selamat Menempuhi Tahun 2017. Semoga tahun ini kita dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Doakan yang terbaik untuk kita semua.

Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s