AJAIBNYA SEDEKAH SI FAKIR

Teringat pada seorang yang bernama Fakir bin Miskin. Fakir adalah seorang yg sering kesempitan wang. Hutang keliling pinggang sampai nak makan pun meminjam duit rakan.

Suatu hari di kedai makan sewaktu nak makan tengahari, dengan duit yg cukup2 makan Fakir pun nak membeli makanan. Akan tetapi di luar kedai,Si Fakir ternampak pasangan ibu dan anak tengah kelaparan mencari makanan.

Si Fakir tanpa berfikir panjang lalu memberi kesemua duit yg ada pada ibu dan anak yg kelaparan padahal dia sendiri pun kelaparan.

Si Fakir pun balik dalam keadaan lapar dan meneruskan kerjanya mencari kotak. Dalam mencari kotak, tak di sangka2 dalam kotak yang di bawanya dengan motosikal itu mengandungi duit sebanyak RM1 Juta. Ini pun disedari setelah Fakir pulang dari kerja.
Seronoknya Fakir mendapat duit 1 Juta dan dia akan menjadi kaya raya sampai termimpi2 menjadi hartawan kayaraya. Tetapi itu hanya mimpi semata.
Setelah mengetahui bahawa duit itu adalah duit hasil rompakan, dengan jujurnya Fakir mengembalikan wang tersebut kepada bank.

Atas sifat jujur Fakir,pihak bank telah menghadiahkan sejumlah wang yang banyak buat Fakir. Dan dari itu Fakir menggunakan wang sebaiknya..melangsaikan hutang, dan membuat pelaburan sehingga menjadi kaya.
Fakir masih tidak melupakan si ibu dan anak yang diberinya wang ketika lapar dahulu.”

Ini sebenarnya kisah dari Filem Jutawan Fakir. Walaupun kisah lawak sebenarnya tapi banyak pengajaran daripada kisah ni.

Kuasa sedekah amat tinggi. Walau sekecil atau sedikit mana pun yang disedekahkan,InsyaAllah akan diberikan rezeki yang berganda.Tetapi dengan niat yang betul2 ikhlas.

Seperti Si Fakir, walaupun tiada wang yg cukup tapi sanggup berhabis dan berlapar sebab ada yg lebih memerlukan.

Jadi kesimpulannya di sini,
Bersedekahlah.
Bukan banyak/tinggi nilai yang disedekahkan.
Yang penting ikhlas dan niat kerana Allah Taala.
Juga bukan hanya dalam bentuk wang semata..
Tenaga, ilmu, senyuman semua kita boleh sedekahkan.

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Salam Jumaat buat semua.
Assalamualaikum.

signature

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s