Elakkan Kesilapan Ini Jika Inginkan Kulit Seperti Bayi

 

664xauto-beberapa-tips-dari-dermatologi-agar-kulit-cantik-1605122

Ramai yang inginkan kecantikan, kulit yang tampak muda, licin dan flawlesskan?Namun kecantikan yang sempurna haruslah bermula daripada kesihatan yang baik, dan gaya hidup seseorang.

Jadi janganlah buat kesilapan ini kalau nakkan kulit yang sihat dan selembut kulit bayi. Kat sini Lyd nak kongsikan sedikit apa yang Lyd dapat dari Majalah wanita.

Elakkan ni tau kalau nak kulit sihat dan cantik!

  1. Tidak Mendapat Tidur Yang Cukup

Kalau kita tak cukup tidur, nampak sangat lah muka tu lesu, penat, mengantuk dan tak bermaya kan? Tidur itu sangat penting kerana ia dapat merangsang aliran oksigen dalam kulit anda. Menurut kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan British, orang yang mempunyai tidur malam yang mencukupi akan kelihatan lebih menarik dan sihat daripada mereka yang tidak mendapat rehat yang mencukupi pada waktu malam, Penyelidikan yang dijalankan oleh Case Western Reserve University menunjukkan bahawa jumlah tidur yang mempunyai kesan yang besar pada fungsi kulit dan proses penuaan. Jumlah tidur yang mencukupi adalah tujuh hingga lapan jam.

  1. Mengamalkan Gaya Hidup Yang Tidak Aktif

Ini bukan bermakna anda harus menghabiskan seluruh hidup anda di gim, tetapi cukup 30 minit senaman sederhana seperti berjalan setiap hari akan membantu anda menjalani kehidupan yang panjang dan sihat. Kajian menunjukkan bahawa orang yang bersenam sering hidup 10-13 tahun lebih lama daripada orang yang kurang bersenam.

  1. Sentiasa Berada Di Bawah Tekanan Yang Terlalu Banyak

Menurut kajian yang dijalankan di University of California, jika anda biarkan terlalu banyak tekanan menjadi sebahagian daripada hidup anda, ia akan memberi kesan negatif pada kesihatan anda dan juga membuat anda rasa dan kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Jangan biarkan tekanan menguasai hidup ana; ambil masa untuk berehat sebentar, ambil nafas dalam-dalam dan selesaikan satu masalah pada satu masa.

  1. Tidur Dengan Wajah Dipenuhi Solekan

Tidak kira betapa penatnya anda, pastikan anda membersihkan wajah anda daripada solekan. Jika anda tidur dengan wajah yang dipenuhi dengan solekan, ia akan menyebabkan kulit kering, ruam kulit dan membuatkan bulu mata anda gugur. Bersihkan kulit anda setiap malam sebelum tidur dengan menggunakan produk penjagaan yang mengandungi pelembap. Ini akan menjaga kulit anda agar ia sentiasa sihat dan melambatkan proses penuaan. Gunakan produk penjagaan kulit yang melindungi kulit anda daripada sinaran UV.

  1. Menggunakan Pelindung Matahari Hanya Apabila Anda Pergi Ke Pantai

Menggunakan pelindung matahari hanya apabila anda pergi ke pantai dan kolam renang adalah kesilapan yang sering dan kerap dilakukan. Ia adalah penting untuk memakai pelindung matahari walaupun dalam keadaan cuaca mendung. Apabila anda berada di luar rumah, tanpa mengira musim dan cuaca, anda sebenarnya terdedah kepada sinar UV sepanjang masa. Anda perlu ingat bahawa sinar UV akan menyebabkan kedutan pada wajah dan turut menyebabkan tanda-tanda penuaan pramatang.

  1. Tidak Memberikan Perhatian Pada Penjagaan Wajah

Penjagaan wajah amat penting untuk mengekalkan kecantikan kulit wajah. Penting sekali untuk anda mula memikirkan produk penjagaan kulit yang betul mulai dari sekarang. Produk kecantikan anda harulah terdiri daripada pelembap dan mesti mengandungi hyaluronik dan vitamin A atau E. Baca label pada botol produk dengan teliti; ia biasanya mempunyai maklumat yang menyatakan bahawa produk boleh digunakan untuk kawasan mata tertentu.

  1. Pengambilan Minuman Ringan

Salah satu penyumbang terbesar kepada proses penuaan ialah pengambilan minuman ringan yang tinggi kandungan gula dan kalori. Satu kajian yang dijalankan di University of California telah menunjukkan bahawa pengambilan soda mempercepatkan proses penuaan DNA. Lebih baik anda minum minuman yang sihat seperti air minuman, jus asli, smoothies dan sebagainya.

  1. Mengabaikan Pemakanan Yang Baik

Tingkatkan pelan diet anda dan anda perlu ingat bahawa tidak semua lemak itu tidak baik untuk kulit kita. Anda perlu menambah lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet anda tetapi jangan lupa tentang salmon, sardin, walnut, biji bunga matahari dan minyak zaitun. Mengamalkan pemakanan yang sihat juga boleh membuat anda berasa lebih baik dan juga memanjangkan jangka hayat anda.

  1. Merokok

Semua pastinya tahu merokok itu tidak baik untuk kesihatan kita dalam pelbagai cara. Selain merosakkan badan dan organ-organ dalaman, ia juga memberikan kesan secara langsung kepada kulit anda. Ia akan menyebabkan kulit anda bertukar warna, mempercepatkan proses penuaan, menutup pori dan mengurangkan sel-sel oksigen dalam tubuh anda. Menurut David Spiegelhalter, ahli statistik dan professor, merokok dua batang sehari akan mengurangkan 30 minit hayat anda. Jadi setiap hari anda merokok satu pek, anda telah mengambil lima jam daripada hidup anda.

Credit: Majalah Wanita

Salam Sayang;

signature

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s